SESI LAWATAN OLEH PUAN NOR UYON BINTI SHOIB, PENGARAH MARA NEGERI JOHOR KE TAMAN PERMATA PENAWAR.
Pengarah MARA Negeri Johor , Puan Nor Uyon Binti Shoib mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan rumah dan lot kedai di Taman Permata Penawar, Bandar Penawar, Johor.
Lawatan bertujuan untuk melihat kecanggihan projek Perumahan Pintar atau Smart Home pertama di Wilayah Kejora dan ketiga di Negeri Johor yang dibangunkan oleh Kejora Land Development Sdn. Bhd.
Sesuai dengan zaman kini, rumah pintar sudah pasti merupakan idea yang hebat. “Ciri pintar mampu menukar rumah sebagai ruang kehidupan serba automatik yang menjanjikan kemudahan, keupayaan perhubungan dan menyerlahkan kecanggihan” demikian dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat, Encik Irwan Bin A. Rahman. Dengan teknologi pintar ini juga, pemilik boleh mengawal penggunaan produk canggih hanya dengan aplikasi di telefon atau lebih mengagumkan hanya dengan arahan suara.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat , Encik Irwan Bin A. Rahman; Ketua Pegawai Kewangan Syarikat, Encik Rasyiddiq Bin ; Penolong Pengurus, Encik Fahril Afiq; Ketua Unit Komersial Mara Negeri Johor; Puan Alyani, Pegawai Mara Daerah Kota Tinggi, Puan Nadya Binti Mohamed.
#KPLB #KEJORA
#LuarBandarSejahtera #KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat #JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran #kejoraland