SESI LAWATAN OLEH SYARIKAT KERIS BERHAD KE RUMAH PINTAR TAMAN PERMATA PENAWAR.

Pihak Keris Berhad telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Kejora Land Development Sdn. Bhd. (KLDSB). Kunjungan ini membincangkan kerjasama dua hala Team Keris Berhad dengan KLDSB berhubung pembangunan rumah ‘Smart Home’ yang telah siap dibina di Taman Permata Penawar, Bandar Penawar serta berkongsi idea dan pendapat berkenaan projek pembinaan.

Team Keris Berhad adalah syarikat pembinaan yang telah beroperasi sejak 1991 dan kini bercadang untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman pembinaan perumahan dengan pihak KLDSB.

Rumah Pintar milik KLDSB mempunyai misi untuk memaksimumkan keseronokan rumah dengan menawarkan penyelesaian rumah pintar yang bersesuaian dengan keperluan teknologi masa kini.

Rumah pintar KLDSB juga menyediakan keselesaan dan keselamatan supaya pemiliknya mempunyai masa yang lebih berkualiti dengan keluarga.

#KPLB #KEJORA
#LuarBandarSejahtera
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran
#kejoraland